Untuk yang belum merangka aktiviti pada hari cuti Deepavali (22 Oktober 2014) dan berminat untuk mencabar kemampuan diri, marilah bersama kami dalam pendakian santai ini.
Pendakian Gunung Angsi yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Acara santai, bayaran cuma untuk "guide" RM20.00 seorang. Kalau ada permintaan baru kami ambil bayaran untuk sediakan makanan tengahari. Kalau tiada, makanan tengahari anda bawa bekal bersama.
Acara Tentatif:
8.00 pagi - Berkumpul di tempat pertemuan (akan ditentukan)
9.00 pagi - Taklimat keselamatan, mula mendaki
12.00 tgh - Tiba di puncak, makan tengahari
2.30 ptg - Pendakian turun
5.30 ptg - Bersurai
No comments:
Post a Comment